Kembali berblogging!

Assalamualaikum
 dan 
salam perkenalan!


Paling penting sekali rasanya mula mula kena panjat kan syukur banyak2. Akhirnya setelah sekian lama berhenti berblog pada zaman sekolah dulu. Akhirnya kini "kembali berblogging" 

Secara intro nya. Nama panggilan adalah ami/mira atau Amirah.kalau muda dari kita. Sila tambah akak ye. Haha. 


seorang yang nampak pendiam. Tapi bila bercerita. Rasanya jiran sebelah pun datang bawak pop corn! Eh *nak kata cerita sendiri menarik ke*

Tak. Sebenarnya. Aku suka sangat bercerita lebih lagi pada kenalan rapat. Dulu aku pernah berblogging. Dan ya. Semua cerita pengalaman sewaktu bersekolah. Dan kenapa aku berhenti? 

Sebab addiction pada game/ig / dan Facebook.  Sehingga menaip di blog seperti ini tidak relevan lagi. *amboi straight to the point tak reti belok kiri kanan habis*. 
Tidak lah tidak. Sebenarnya sebab nya banyak. Antaranya ada lah kekangan masa. 


Dan seperti sekarang. Niat untuk mula berblogging balik sebenarnya minggu lepas lagi. Tapi baru harini dapat hidayah. *alhamdulillah *Itu pun sudah pukul 12 pagi. Jadi tak boleh lama. Sebab aku sudah kerja. Esok pagi nak kerja. Nak layan customer dgn baik dan tak lama lagi nak kahwin. Eh tiberr

Jadi. Marilah kita doakan semoga ini bukan post yang pertama dan jugak yang terakhir. Agar nanti di masa hadapan aku masih boleh melihat penulisan aku ketika zaman muda remaja. 

Dan faham dengan konsep manusia tidak sempurna dan sentiasa lah belajar menerima kelemahan orang juga sentiasa rasa rendah diri walaupun sudah di atas. 
*krik krik*

Ha sudah. Datang sini balik. Jangan nak pergi cari punchline ke lawak ke kat luar sana. Blog ini in syaa Allah akan di isi dgn ilmu yang bermanfaat dan sedikit pengalaman aku *perlu sebab ini blog aku. Bukan kau *

 OK! Akhir kata. 
Serius ni tolong doakan aku. Agar adalah idea bernas bernas sikit untuk isi di post akan datang untuk manfaat kita bersama! Eceh. 

. Assalamualaikum. 










Comments