Posts

Alkisah #2 "panggil je makmi"

Image
Assalamualaikum  Dan salam sejahtera.  Sebelum mula nya alkisah #2 Kita flashback balik kisah bermula nya mencari panggilan 😯 Time aku mula jadi "makcik" adalah time abang aku no 1 dapat anak sulung dia. Ceh waktu tu .aku berumur 16 tahun. berebut lah semua pilih panggilan. Aku awal2 dah cop "maksu" a. k.a anak bongsu perempuan lah kan. Tapi di rejek kaw kaw. Sebab tu khas untuk adik aku. Heh. Jadi aku macam di tinggal seorang tanpa panggilan. *sebab masih berdegil nak dipanggil maksu. Lepastu takde orng nak layan* Dah tahun tu jugak. Aku dapat 2 anak buah. Sorang lagi. Anak sulung abang aku no 3.jadi memandangkan aku ni dipanggil "kakmi" oleh anak buah. Jadi aku pun "panggil jela makmi" Dan kembali pada sekarang.  Dorang semua *8/10* dah boleh bercakap. Berbual. Mengamuk   tunjuk perasaan dan merajuk. Dorang semua prefer panggil makmi daripada semua pakcik makcik lain. Oh terharu *nah mainan* Makmi ni. Nak makmi t

Alkisah #1 Hidup berdikari di utara!

Assalamualaikum  Dan  Selamat berhujung minggu! Alkisah #1 Hidup berdikari bagi aku adalah sangat lah tidak sukar! Memang ibu ayah kiteorang biasakan berdikari ni sejak dari kecik lagi! *flashback sekolah rendah sikit* Dulu kiteorng bukan je diberi basikal sorang satu malah diberi keizinan untuk pergi ke Mana2 saja. *adik siap kayuh sesorang pi mall beli KFC lagi. Amboi*  Di hujung minggu ayah akan letak   hantar kiteorang adik beradik kat mall. Dan berlalu pergi. Jadi kiteorang akan saling menjaga dan behave sendiri *3 adik sekolah rendah dijaga abang kakak 3 sekolah menengah* Dekat berjaya times quare kl pun kami pernah dibiar berenam atau 3 3 tanpa pengawasan ibu bapa bermain di theme Park. Yg kecik 3 orang main bersama di zone kanak kanak. Yang besar 3 orang main sama di zone orang dewasa.   Sampai tutup lah theme Park nya kiteorng main. Lalu terpisah tanpa jejak kiteorng dgn abng kakak. *true story ever* Waktu ni adik kakak aku *kami setahun beza* dah

Tips #1:Cara membuat posting pertama di blog

Image
Assalamualaikum  Dan  Selamat pagi! Sebelum Berkongsi pasal Tips #1 Rasanya ramai juga yang rajin berblog pada zaman "satu ketika" dulu. Dan kini tidak lagi. Kan? Mungkin blog itu pun sudah di delete.  Dan mungkin ada jugak. Setelah "satu ketika" juga. Dia mula rasa nak kembali berblogging. *macam refer diri sendiri je intro ni* Untuk yang nak buat blog tapi tak konfiden. OK! Jangan fikir banyak. Nak fikir banyak fikir benda baik sahaja alright? Nak mula berblog tak usah fikir siapa nak baca. Nanti orang kecam macam mana. Tak perlu. Tak perlu. Rasa nak tulis. Tulis. Percuma. Tapi sila lah simpan ayat yang tidak baik ye. Setelah anda berjaya membuat blog. Langkah pertama adalah untuk membuat posting pertama! *ofkos* 4 TIPS MEMBUAT POSTING PERTAMA 1)SIAPA Anda.  Kenal kan diri anda / bisnes anda. Bagi yang membuat blog untuk berniaga kan. Sertakan gambar diri sendiri atau perniagaan anda. Bak kata orang kan. Tak kenal maka tak cinta.

Kembali berblogging!

Image
Assalamualaikum  dan  salam perkenalan! Paling penting sekali rasanya mula mula kena panjat kan syukur banyak2. Akhirnya setelah sekian lama berhenti berblog pada zaman sekolah dulu. Akhirnya kini "kembali berblogging"  Secara intro nya. Nama panggilan adalah ami/mira atau Amirah.kalau muda dari kita. Sila tambah akak ye. Haha.  seorang yang nampak pendiam. Tapi bila bercerita. Rasanya jiran sebelah pun datang bawak pop corn! Eh *nak kata cerita sendiri menarik ke* Tak. Sebenarnya. Aku suka sangat bercerita lebih lagi pada kenalan rapat. Dulu aku pernah berblogging. Dan ya. Semua cerita pengalaman sewaktu bersekolah. Dan kenapa aku berhenti?  Sebab addiction pada game/ig / dan Facebook.  Sehingga menaip di blog seperti ini tidak relevan lagi. *amboi straight to the point tak reti belok kiri kanan habis*.  Tidak lah tidak. Sebenarnya sebab nya banyak. Antaranya ada lah kekangan masa.  Dan seperti sekarang. Niat untuk mula berblogging