Tips #1:Cara membuat posting pertama di blog

Assalamualaikum 
Dan 
Selamat pagi!

Sebelum Berkongsi pasal Tips #1
Rasanya ramai juga yang rajin berblog pada zaman "satu ketika" dulu. Dan kini tidak lagi. Kan? Mungkin blog itu pun sudah di delete. 
Dan mungkin ada jugak. Setelah "satu ketika" juga. Dia mula rasa nak kembali berblogging. *macam refer diri sendiri je intro ni*
Untuk yang nak buat blog tapi tak konfiden.

OK! Jangan fikir banyak. Nak fikir banyak fikir benda baik sahaja alright? Nak mula berblog tak usah fikir siapa nak baca. Nanti orang kecam macam mana. Tak perlu. Tak perlu. Rasa nak tulis. Tulis. Percuma. Tapi sila lah simpan ayat yang tidak baik ye.

Setelah anda berjaya membuat blog. Langkah pertama adalah untuk membuat posting pertama! *ofkos*

4 TIPS MEMBUAT POSTING PERTAMA


1)SIAPA Anda. 
Kenal kan diri anda / bisnes anda. Bagi yang membuat blog untuk berniaga kan. Sertakan gambar diri sendiri atau perniagaan anda. Bak kata orang kan. Tak kenal maka tak cinta. Heh. Jadi sila lah berkenal dulu/letak intro sebelum letak no untuk pm tepi okay! 

2)KENAPA BERBLOG
Tiada benda yang kita mulakan tanpa tujuan kan? Jadi nyatakan kenapa anda berblog. Boleh jadi.  untuk cerita peribadi atau untuk menghasilkan wang tambahan. Jadi. Kongsi sikit tujuan anda berblog dalam post pertama itu ye! 


3)APA KONTEN BLOG
Ha. Jika sudah tau tujuan berblog. Maka tahu jugak lah kan post di blog bakal diisi dengan apa kan. *ceh hiposis*. Share kan di post pertama anda. Jadi pembaca sendiri akan memilih. Untuk terus membaca blog anda dan senang nak refer di blog anda untuk certain maklumat kan.

4)BOLEHKAH PEMBACA MEMBERI PANDANGAN
Jadi. Di setiap post anda yang bermanfaat mestilah akan ada pengunjung atau pembaca yang mahu tahu lebih lanjut kan. Atau mahu double Comfirm gituh.jadi sila lah sertakan no untuk WhatsApp atau beritahu sahaja untuk tinggal kan komen di bawah. Dan anda akan reply.


Jika first post anda mengandungi konten2 di atas. Maka tak sia sia lah kan usaha untuk korang semua berblog /buat post banyak2 untuk post seterusnya kan. 

Sumber ilmu di atas ada lah dipetik dari SINI

P/S: jika anda baru bermula blog dan tak dan dan. Rasa malas /putus asa. Maka ingat lah tujuan asal anda berblog. Dan mulakan berblog balik. Okehh

"when you start to give up. Think about why are you start" 
OK. Itu sahaja harini. Kalau rajin boleh lah selit "manfaat berblog" di lain hari okay. 

Moga bermanfaat
. Assalamualaikum. 




Comments